Friday, December 3, 2010

new atmosphere

Pada 28 malam, aku mengimpikan keadaaan tempat baru ku sungguh menarik. Betapa tidak sabarnya aku untuk ke sana. Keesokkan pagi aku berangkat dari Hometownkun dengan rasa tidak sabar dengan familyku.Setibanya aku disini tepat pada pukul 12 tgh hari pada 29 November, perasaan ku berubah. Tidak seperti yang ku jangkakan. Aku rasa pelik berada di tempat ini. Eventhough barang yang aku inginkan disini mudah didapati dan murah, hati aku rasa kurang senang. Pada malam harinya, aku dan keluargaku pergi ke bandar, bersiar2, hatiku semakin resah, kenapa harus aku dihantar ke sini?? Tempat yang sungguh aneh di mataku ini. Sekembalinya aku dan keluarga ku ke hotel penginapan kami, aku duduk dan memandang ke arah muka kedua ibubapaku dan adik-adikku sebab aku akan berada lama disini. Dalam hati aku sudah menangis kerana aku tidak ingin berjauhan dengan mereka kerana mereka penyeri hidupku selama ini. Sebangunnya aku keesokkan paginya, 30 november, aku dihantar ke tempat baru, alam baruku. Hatiku semakin runtuh kerana ini masanya aku meninggalkan family aku. Airmata bunda dan ayahndaku tidak tertahan melihat aku ditinggalkan di sini. Aku sendiri yang dpt menahan air mata ini pun menggugurkan air mata. Sungguh aku tidak tertahan melihat mereka pergi meninggalkan aku. Pada malamnya mak aku menelefon ku dengan nada sedih dan tangisannya ku dengari. Sungguh ku tidak tahan mendengar tangisan bunda tercintaku itu. Sungguh aku mahu berada di samping bundaku dan meredakan airmatanya dalam pelukku. Setiap malam aku akan buat videocall dengan familyku supaya mereka dapat melihat keadaanku disini. Setiap malam juga bundaku melilihkan air mata. Sungguh aku tidak tahan melihatnya bersedih kerana berjauhan dariku. Aku akan pulang ke rumahku nanti akan ku peluk erat bundaku yang kesedihan setiap malam melihatku dari webcam. Jikalau aku mempunyai rezeki lebih, akanku balik tanpa pengetahuan keluarga ku kerena aku ingin membuat kejutan. For sure, tahun baru cina nanti aku akan balik ke hometown ku, rumahku, KELUARGAKU TERCINTA. sungguh ku rindu keluargaku.

2 comments:

  1. it's ok..cam kmk juak dolok..first time jauh dari family..nang berminggu la homesick..huuu T___T

    ReplyDelete
  2. its not like that moy, its just i dont expect it become like this.. x seperti yg mek bayangkan..im not blame anyone coz of this.. its not homesick. its family sick.

    ReplyDelete